Tuesday, September 20, 2011

Benarlah orang cakap lidah boleh menjadi lebih tajam daripada mata pedang .
Sampai sekarang aku masih tak menyangka dia boleh mengucapkan kata-kata
menyakitkan gegendang telinga yang mendengar apatah lagi hatiku ini .
Aku betul-betul terkejut dan tergamam bila keikhlasan dan kebaikkan aku 
selama ini dipertikai dalam ungkapan mudah cukup sinis. Luluh jiwa dan kecewa hampa 
rasanya bila aku diperbuat sedemikian rupa.

Tak bolehkan dia berfikir dahulu sebelum berkata kata ? Jujur itu memang penting tapi
perlulah tepat dan betul caranya . Jika berat sangat permintaan aku itu , terus terang saja 
dengan cara lebih baik tanpa perlu menyakitkan hati atau menilai ia sebagai satu kepayahan.
Aku pun bukan jenis insan bodoh yang tak pandai berfikir dan suka membebankan orang lain .
Aku cuma mengharap bantuan seseorang yang betul-betul boleh membantu aku dan boleh dipercayai.

Nyata aku salah menilai keakraban yang telah terjalin antara kami selama ini hingga membuat
perasaan meluat semakin melonjak-lonjak. Terlalu sukar untuk aku menerima maaf atas kecetekan otaknya untuk memahami situasi dan menghulur pertolongan dengan hati yang terbuka . Cukup setakat ini saja perkenalan kita dan aku yakin tak akan pernah menyesal mengenali dia sebelum ini walau apa jua alasannya.
Selagi bertahan aku akan terus melangkah lebih jauh dan melompat lebih tinggi .

No comments:

Post a Comment